kawan dan lawan

kawan dan lawan adalah lawan dan kawan,

adalah satu, sebesar ubi kentang,

adalah dua, sekecil angkasa,

aku membaling-baling kata,

menangisi kematian sang burung merak,

oh tuan rendra adiguru mayaku,

belum pernah kita bersua, bagai cintaku pada rasul Allah,

tanpa wajah, namun menjadi setiga triniti juga.

oh lawan ku

oh kawan ku

aku tuan punya lidah yang kian membatu

aku gabenor daerah akal yang juga membatu

oh kaca di jendela yang sepurnama meretak,

berderailah ke pangkuan mariam dan hawa,

biar sama rasa

.lala

reble in me

REVOLUSI DIRI SECARA INDIVIDU
REVOLUSI KOMUNITI KECIL
BISA JADI BESAR ?
REVOLUSI PRODUK DIY
BISA JADI ?
TEREVOLUSI MENJADI SATU TREND
KASUT UNDERGROUND
PATCHES DI KEDAI BATA
ATAU BELI SAJA T-SHIRT JENAMA PUNK
MINGGU DEPAN ?
…CIPTA SAJA ; MESIN PERENTAS MASA
KEMBALI KE TAMADUN MESOPOTAMIA
ATAU LEBIH AWAL
UBAH !
ATAU ? ATAU ? PANTAU ?
… ATAU NIKMATI SAJA OKSIGEN
DAN KOPI PANAS
SAMBIL TERSENYUM
DI JENDELA MASA
-ABDULLAH SHAFIEE

16. 10. 2002
Ekskavasi ‘Bawah Tanah’ Bersama Joe Kidd by Nur Hanim Mohamed Khairuddin

Buat pertama kalinya, wacana perihal budaya underground berjaya menerobos dinding Yayasan Kesenian Perak. Pada petang 20 Julai 2002 bertempat di Rumah YKP, acara ‘Gebang Seni Bersama Joe Kidd’ menjadi arena kepada kira-kira 40 orang peserta yang majoritinya terdiri daripada anak-anak muda yang terlibat dan punya minat dalam bidang musik khususnya genre musik independen/alternatif, selain daripada kalangan pelajar seni dan tenaga profesional.

Perkataan ‘underground’ lazimnya membawa konotasi yang menyentuh rasa musykil yang membimbangkan; selalu dikaitkan dengan tindak-tanduk gerombolan berhaluan kiri berciri subversif, radikal dan anarkis, yang menyangkal sistem-sistem otoritatif sesebuah komuniti atau peradaban, dan sering dilabel anti-establishment. Namun dalam konteks seni musik pula, underground music menyentuh pelaksanaan kreativiti dan bakat yang terhasil secara independen tanpa seratus persen bergantung kepada elemen-elemen kapitalisme perdana yang membabitkan orang tengah, khususnya segelintir syarikat rakaman besar dan parasit seni, yang sering mengambil kesempatan ke atas hak-hak artis rakaman yang memungkinkan popularitinya meletup dalam sekelip mata dan merudum juga dalam sekelip mata.

Joe Kidd, satu nama yang amat sinonim dengan musik underground lokal, berkongsi jiwa dan pemikirannya tentang senario dan peranan undergrounders di Malaysia. Dilahirkan di Terengganu 37 tahun lalu, Joe, seorang graduan jurusan kejuruteraan dari sebuah politeknik tempatan, memulakan kerjayanya sebagai penulis yang membuat liputan musik alternatif tempatan untuk akhbar The Star dan The Sun sekitar pertengahan 90-an. Pada awal tahun 1992, Joe Kidd menyertai beberapa orang teman di dalam kumpulan musik Carburetor Dung (nama asalnya Stormfish) yang menjunjung pegangan musik punk rock.

Di dalam kesibukan memperjuang kesinambungan genre musik alternatif tempatan sebagai editor kolum ‘Blasting Concept’ akhbar The Sun, pengedar produk musik melalui Alternative Garage Entertainment (AGE) dan promoter gig, Joe Kidd turut menerjunkan diri ke dalam cabang-cabang seni yang lain: bermula dari penerbitan secara DIY zine ‘Aedes’, pembikinan soundtrack filem ‘Dari Jemapoh ke Manchestee’, persembahan di pembukaan pameran ‘War Box Lalang & Killing Tools’ (oleh artis visual Wong Hoy Cheong, Raja Shahriman dan Bayu Utomo), persembahan di Gwangju Bienale dan sebagainya. Pernah dilabel oleh majalah Klue sebagai ‘the grandfather of Malaysian punk rock’, beliau telah lebih 20 tahun mengabdikan seluruh masa, tenaga dan materialnya demi sub-kultur underground; bermula dari persekitaran Central Market kemudian ke Brickfields dan akhirnya di Bukit Ceylon. Kini, beliau masih setia menatang idiom-idiom punk rocknya sebagai promoter musik independen melalui beberapa siri gig seperti Unclogged serta Chow Kit Fest di Kuala Lumpur dan turut mengeksplorasi bakat kreatifnya dalam bidang rekacipta grafik untuk mengumpul modal bagi ekstensi perjuangan musik undergroundnya.

Beliau berpendapat apa sahaja penciptaan seni tidak seharusnya dibiarkan campurtangan oleh pihak luar. Ia semestinya lahir dengan jujur tanpa apa-apa bentuk sekatan yang mengongkong kreativiti dan ekspresi seseorang seniman. Pandangan negatif ke atas senario underground yang banyak dimanipulasi media dan pihak-pihak tertentu untuk kepentingan serta agenda masing-masing tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menyekat perjuangan insan-insan seni. Fundamental inilah yang dianuti oleh kelompok undergrounders bila mana konsep DIY (do it yourself) menekankan unsur-unsur dan semangat mandiri setiap individu. Justeru, produk-produk seni yang terhasil dengan keringat dan usaha independen akan menjadi lebih bermakna dan memberi kepuasan total kepada mana-mana seniman itu (walau pun pulangan komersial mungkin tidak seberapa).

Antara topik yang hangat dibincangkan adalah berkenaan pengharaman gig yang bertitik tolak dari kekalutan reaksi latah sesetengah pihak terhadap musik black metal. Isu ini sengaja diperbesarkan dan banyak pihak telah tersilap membuat tafsiran melulu tanpa kajian yang mendalam. Black metal sering dianggap sebagai gejala yang merosakkan; pengikutnya dikaitkan dengan amalan syirik dan ritual pemujaan syaitan, membakar Al-Quran, konsumer korban darah kambing dan pelbagai alasan-alasan karutmarut kadangkala membuat kita tidak kering gusi. Akibat dari satu peristiwa yang tidak sahih yang diuar-uarkan dengan penuh sensasi serta dengan kedangkalan masyarakat umum di dalam memahami kultur ‘bawah tanah’ anutan anak watan, terbantut dan terpendamlah kreativiti anak-anak muda yang ketagihkan gelanggang atau platfom untuk meluahkan ekspresi diri yang tercetus dari aliran adrenalin yang sedang melonjak. Maka tidakkah penggubal hukum dunia ini terfikir atau risau mengenai ruang alternatif lain yang bakal diterokai para belia yang tidak berpeluang ber‘gig’ sebagai pilihan berkreatif, selain dari acara-acara riadah ‘rakan muda’ yang dipantau dari semua sudut dan segi? Dan keadilan terus dituntut bila timbulnya persoalan mengapa gig untuk genre musik lain seperti hip hop, disko dan dangdut mendapat lampu hijau sedangkan kemelut masalah sosial terang-terangan dapat dikesan di dalam arena-arena tersebut.

Isu black metal, seperti juga kontroversi punk sedekad yang lalu atau polemik hippi dan flower-power serta kegelisahan Woodstock sekitar tahun 60-an dan 70-an, hanya bakal menjadi bahan lelucon yang dimomok oleh generasi baru tentang sikap double-standard pihak atasan yang mengutuk dan mencerca golongan undergrounders dan belia sub-kultur tetapi masih bergelek dan berkhayal di celah-celah kemontokan GRO di kelab-kelab eksklusif hingga dinihari. Adilkah dihadang secara total unsur-unsur ekspresi diri anak-anak muda yang pada realiti hidup moden ini ada nilai-nilai positif? Kedangkalan akal, ketohoran pemahaman dan kekalutan kemelut identiti pihak berotoriti bakal meresahkan lagi kekecamukan jiwa anak-anak muda yang cuba mencari kelainan dalam ‘pesta demokrasi’.

Joe Kidd juga banyak menekankan peranan ibubapa dalam menentukan halatuju serta batasan pergaulan anak-anak merentang alur hedonisme yang menular. Beliau percaya, dengan sifat yang lebih terbuka dan bersikap cuba memahami serta mengambil tahu persekitaran sosial dan teman-teman anak mereka, keluarga tidak akan dikecewakan. Musik punk, black-metal, hip hop dan sebagainya hanyalah satu wadah musik kontemporari zaman kini seperti juga rock n roll, twist, cha-cha mahu pun joget lambak pada suatu masa dahulu. Cuma pengisian teori dan ideologinya di zaman ICT ini lebih padat dengan informasi dan manifesto lewat zine dan internet, menjadikan pengertian atau pengikutan bentuk-bentuk musik itu lebih kejap dan serius hingga kadangkala terbawa ke dalam kehidupan harian. Namun, dengan pantauan dan rasa saling menghormati, keluarga seharusnya tidak perlu risau. Ramai tokoh-tokoh yang dihormati masih setia mendengar jenis musik kegilaan zaman remaja mereka. Profesor Ungku Aziz misalnya tetap senang dengan desingan rock dan heavy metal, Dato’ Shahrum Yob setia dengan alunan dangdut dan pelukis Yusof Ghani berkarya berlatarkan musik Pink Floyd.

Semasa acara Gebang Seni, Joe Kidd juga terus-terusan menekankan peri pentingnya kelompok undergrounders untuk menambah ilmu dari pembacaan buku dan bahan-bahan penerbitan yang lain. Topik-topik tidak sepatutnya hanya berkisar tentang musik semata-mata tetapi mencakupi subjek-subjek lain; sejarah, sains, politik, budaya dan sebagainya. Dengan pengetahuan yang diraih hasil pembacaan, sedikit sebanyak mampu menjana minda dan bisa mengamati musik itu dalam konteks yang lebih luas. Justeru membantu penghasilan lirik-lirik lagu yang kukuh dan bermakna; tidak hanya berkisar tentang cinta, putus cinta, cinta, putus cinta, cinta dan putus cinta seperti yang sering dijaja oleh kebanyakan artis popular di dalam industri musik perdana tanahair. Lirik lagu yang disokong oleh musik yang menarik menjadi suatu jentera mekanisma penyampaian mesej kepada pendengar. Dengan kefahaman yang mendalam tentang ehwal semasa, polemik serta konflik yang dialami samaada dari segi sosial, budaya, politik dan penghidupan di sekelilingnya, seseorang seniman wajar untuk menghasilkan karya yang mampu menjana audiennya untuk membuat rumusan bijak dan intelek tentang sesuatu peristiwa.

Metallica dan Iron Maiden sering menghasilkan lirik-lirik lagu berlandaskan pemahaman yang utuh tentang sajak dan sastera klasik. Umpamanya, lagu “For Whom The Bell Tolls” adalah berdasarkan prosa Ernest Hemingway dan “The Rime of the Ancient Mariner” pula diceduk dari sajak Samuel Taylor Coleridge; diadun dengan bahasa yang membawa impak yang patriotik, filosofikal dan mengkagumkan. Kini kumpulan musik keras tanahair seperti Cromok dan Amuk sudah sedikit sebanyak menjalankan peranan mereka sebagai figura-figura awam (public figures) yang mampu memberi ‘sesuatu’ kepada pendengar lagu-lagu dinamik mereka.

Semoga wakil kumpulan-kumpulan musik underground sekitar Ipoh yang hadir seperti Enthrone Falls, Muck, Pyron, Bloodymary dan lain-lain, mendapat manfaat dan ilmu hasil wacana yang diadakan serta mengambil inisiatif untuk memperkukuhkan underground scene dengan reputasi yang dihormati sejajar berupaya mencetus penghasilan karya-karya yang boleh menyumbang bukan sahaja untuk kepuasan materi tetapi juga spiritual pendengarnya. Etika DIY atau praktikum mandiri sewajarnya memupuk semangat yang mendisiplinkan diri ke arah kehidupan yang lebih positif dan bermakna. Seperti pesan Joe Kidd, etika DIY yang digalinya dari falsafah punk rock merupakan satu attitude (sikap) yang bisa mengajar seseorang untuk punyai nilai self-empowerment dan berkeyakinan diri. Menurut beliau lagi, jaringan dan etika DIY bukan sahaja untuk golongan musik undergrounders, tetapi harus juga dianuti oleh kelompok-kelompok masyarakat yang lain, terutama yang menitikberatkan sikap berdikari, memiliki perjuangan marginal dan bergerak di bawah arus perdana tanpa senantiasa bergantung di atas suapan subsidi semata-mata.

Biar gelandangan fizikal, jangan gelandangan mental dan spiritual.

Nur Hanim Mohamed Khairuddin
Kurator YKP

View on a single page

User Comments

posted by kurt

cayala kak hanim apa yg awak tulis ni sama ngan pendapat kiter org yg masih remaja ni….thanks kurt in .k.l
posted by danny

viva viva underground movement
posted by man janggut

ok la ekspression tntg diy.tp yg ptg u must proud with our land. way masing2 tul tk
posted by man janggut

ok la ekspression tntg diy.tp yg ptg u must proud with our land. way masing2 tul tk
posted by ZZZzzzz

hello…
to all of comunity, my band have a new officially website…
www.academieoffarside.net
category experimentally music
tks
posted by ABDULLAH SHAFIEE

REVOLUSI DIRI SECARA INDIVIDU
REVOLUSI KOMUNITI KECIL
BISA JADI BESAR ?
REVOLUSI PRODUK DIY
BISA JADI ?
TEREVOLUSI MENJADI SATU TREND
KASUT UNDERGROUND
PATCHES DI KEDAI BATA
ATAU BELI SAJA T-SHIRT JENAMA PUNK
MINGGU DEPAN ?
…CIPTA SAJA ; MESIN PERENTAS MASA
KEMBALI KE TAMADUN MESOPOTAMIA
ATAU LEBIH AWAL
UBAH !
ATAU ? ATAU ? PANTAU ?
… ATAU NIKMATI SAJA OKSIGEN
DAN KOPI PANAS
SAMBIL TERSENYUM
DI JENDELA MASA
-ABDULLAH SHAFIEE

HIKAYAT SANG DEWA AYERMATA (syair 1) oleh : abdullah shafiee

in_twilight_by_annecain

aku mengalih punggung.mencari selesa dudukku.takhta semayamku ini perlu ditambah bantal lagi.ingin saja ku panggil sang pandai sulam, buat lapik benang emas yang baru.corak pucuk rebung pun indah jua.

mana sang gunamatahariku ? selewat ini tak muncul tibanya mengadap. pasti sedang manja mengulik bantal bantal emas kurniaanku .bermain embun,lewat beradu…

memang sang gunamatahariku tulah pengarang jantung hatiku.seantero chandi tahu jua ceritera cinta sang gunamatahariku dengan sang dewa mereka. sampai penghantar kangkung dari payasari pun boleh jadi penglipur ulang alik ceritera cinta sang gunamatahariku dengan sang dewa ayermata.
“biar jualah… sang gunamatahariku letih berlawan sepak raga di negeri sembilan…” bisik aku perlahan pada sanggoci aptuyu. sanggoci aptuyu senyum tunduk membuang pandang perlahan.
itulah sanggoci aptuyu, selalu senyum tunduk membuang pandang perlahan. bukan sekali. berkali-kali jualah begitu bila kuadu ceritera sang gunamatahariku yang semakin berubah laku.
aku mengalih punggung lagi.. menderap belikat sesaat dua.kanan dan kiri. membuat bunga tupai berlaga lalu melentik tangan kanan kiri bak mak yung asyik mengadap rebab. sanggoci aptuyu melihatku begitu, lalu senyumnya meleret ke kanan. aduh… manis sungguh .

sanggoci aptuyu memperkemaskan duduk sembahnya tatkala aku bangkit barlalu ke kamar selatan.dan ekor mata sanggoci aptuyu bermain bunga silat bayang buoyo dengan ekor mataku sedetik dua tatkala itulah.      aduh.. manisnya…
di kamar selatan kutatap keris sakti sembilan puluh sembilan lok pemberian tanda kasih sang gunamatahariku. lama rasanya tak kutemui sang gunamatahariku. lama sudah tak beradu keris.entah apa yang dirajuknya sang gunamatahariku itu. mungkin hantaran capal emas siam yang diidamnya takku tunaikan gamaknya. mungkin, salah susun bahasaku malam tiga purnama sudah menegur sombongnya sang gunamatahariku bermain kuasa sakti kurniaanku.

atau mungkin cemburu pada sanggoci aptuyu yang setia menemaniku bersemayam di chandi waima ke rimba suria memanah naga emas. oh sang gunamatahariku, rinduku ini tak bertuan lagi… tak bersahut siponggang teriak sang dewamu  ini .
“aku rindu…” bisik perlahanku pada keris sakti sembilan puluh sembilan lok pemberian sang gunamatahariku. perlahan kucupanku singgah di hulunya.
“wahai sang dewa ayermata, rindu nian sang gunamatahariku…?” perlahan suara sanggoci aptuyu di balik tirai sutera di gerbang kamar selatan menghentikan jantungku tiga detik.
“wahai sang dewa ayermata, jangan ikutkan perasaan. makanlah sireh ni. buat hilang duka. sudah hamba lipatkan..” senyuman sanggoci aptuyu tepat memanah mataku. lalu sanggoci aptuyu terbang perlahan berlalu membiarkanku terkesima pula tiga detik.
kubuka perlahan kotak kayu cendana yang mengharum di atas dulang tembaga.beralas kuntum kenanga kuning,pandan wangi dan daun hutan.
ada empat belas helai sireh di dalamnya. molek berlipat. siap gambir, pinang kapurnya.. air tangan sanggoci aptuyu.
ku ambil sehelai lipat sirih sanggoci aptuyu.perlahan suapku. berhati-hati kunyahku.

aduh… manisnya !

semalam yang berlalu

the_queen_of_elves_by_balerionsemalam yg berlalu, aku semakin waras…entahlah, terlalu banyak dugaan yang datang dalam hidup ni. ke kiri salah, ke kanan pun salah.. bagai melihat wajah di permukaan air yang tenang, bila disentuh, hilanglah garisan-garisan yg jelas bak hilangnya harapan dan impian dalam hidup.
apakah aku perlu kalah dan tewas pada dugaan sekecil ini… biar seribu tahun lagi aku menunggu riak di permukaan air ini tenang, aku rela… demi sebuah harapan dan impian yg telah kusemat seribu tahun dulu.
aku bagai sang awan sitrus yang semakin merapat di dada langit… menanti saat komulonimbus menyinggah bumi. oh kehidupan.. mengapa sepayah ini harus kutelusuri hikmahnya..

apa harus kematian menjadi jawapan. kematian sebelum saat haknya tiba.
aku temui satu kekuatan di dalam kesepian. bagai jendela kaca yang meretak runtun rawan hatiku semalam… aku temui sebuah senyuman di dasar lautan airmata semalam… biar setitik cuma, namun bisa membasahi kering kontang gersangnya bumi rinduku pada satu kedamaian. kedamaian? yang mana?

yang di hati… jawap suara dewa cinta ku. aku punya hati? ya, yg jatuh berselerakan di lembah kenangan. bidadari, kesuma hati, pari pari, dan tangan penuh luka ini, ku kutip satu persatu serpihan hati yang bersinar di lembah perasaan ini.
ke langit aku berlari, sembunyi, dan menangis sendiri di penjuru kiri purnama… siapa yang tahu? hanya aku, Dia, dan kamu yang mengerti nikmatnya menjadi sepi sebegini..
semalam yang berlalu, mengajarku menjadi lebih beerti.. biarku sepi. biarku sendiri.. biar kupujuk hati. agar lebih berani. lebih kuat berlari…. ke angkasaraya. menggapai bintang..

TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM (PERSATUAN KEBAJIKAN ANAK PESAKIT HIV/AIDS NURUL IMAN MALAYSIA )

gambarsemua2

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, seumpama seperti sebiji benih yang mengeluarkan 7 tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi 100 biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa dikehendakiNya , dan
Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya,
lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
(surah al-Baqarah, ayat 261)

Pusat Perlindungan PERNIM ditubuhkan pada 26 Mei 2006.

PERNIM merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan membela nasib anak-anak pesakit HIV/AIDS terutama anak-anak yang terbiar apabila ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat AIDS dan anak-anak yang tiada waris yang mahu bertanggungjawab apabila mengetahui anak yang bakal mereka pelihara merupakan pembawa HIV positif.

PERNIM bertanggungjawab memberikan perlindungan kepada mereka, menguruskan rawatan yang berterusan di hospital dan klinik kerajaan, memberikan pendidikan dan asas keagamaan dan sebagainya.

Tabung Perlindungan PERNIM

Masalah kewangan merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Puan Norlina Alawi bagi membiayai sebuah keluarga besar yang terdiri dari 40 -50 orang anak (termasuk anak kandung), 2 pembantu dan 3 orang gadis mengandung luar nikah sudah pasti memerlukan perbelanjaan yang besar untuk membiayai tambang bas, pembelian buku latihan, perbelanjaan harian, yuran kelas tambahan, perubatan dan pembelian uniform, sewa rumah, perbelanjaan pejabat PERNIM, bil telefon, elektrik, air, pengasuh, dan makanan semuanya perlu dijelaskan serta disediakan oleh beliau setiap bulan.

Bagi merealisasikan impian ini Pn Norlina telah berusaha untuk mendirikan bangunan yang sempurna bagi anak-anak ini. Pn Norlina telah melancarkan TABUNG PERLINDUNGAN PERNIM yang mana anggaran keperluan sebanyak RM1.2 juta diperlukan bagi menyediakan prasarana yang lengkap bagi anak-anak ini.

Marilah kita sama-sama membantu PERNIM mencapai dana untuk menubuhkan Pusat Jagaan dan Perlindungan yang baru.

Fakta PERNIM

Alamat : Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Lot 46 Jalan 47, Bukit C, Kg Cheras Baru, 56100 Kuala Lumpur
No. Pendaftaran : 0423-04-5
Tel : 03-42950775, 017-8860208
Fax : 03-42951079
E-mel : norlina_pernim@yahoo.com

No Akaun : 2-14013-6000-3173
(RHB Bank)
Nama Akaun : Pusat Perlindungan PERNIM

Cek atau wang pos atas nama
PUSAT PERLINDUNGAN PERNIM.

tabung-nurul-iman

lawati     www.pernim.com

atau hubungi    pucuk arts studio (JM0447367-T) untuk maklumat lanjut

pucukarts_studio@yahoo.com

terima kasih pn. Norlina kerana memberi ruang kepada kami untuk membantu.

di sebalik sebuah senyuman

acss_manson_wallpaper_by_marilyn_lovepayah.. memang payah aku nak mulakan tulis menulis kat blog ni. makin aku carik idea, makin aku tersasar dari ape yg aku nak tulis. ni pun dah brape kali aku padam, tulis, padam tulis, padam tulis…
hmm..
“ni baru sikit…”
tu ayat magik yg slalu aku cakap pada diri aku sendirik bila aku dalam kesusahan. coz, aku slalu pk mcm tu, aku slalu pk, esok… aku lg akan lebih susah dari hari ni. entahlah… hidup ni mmg mcm tido r…. nak bgn tdo sendirik atau dikejutkan ek ? aku mcm dah tak tau ape aku wat skang ni. di sebalik senyuman aku ni, aku menangis je 24 jam dalam hati ni.
memang r pada org aku ni k je. ada bisnes.. ada matlamat idup, ada mcm2 r… tapi aku rasa kosong gila. kosong nak mampus.
(aku dah mula rasa macam nak padam semuanya and mula semula, tapi…)
hmm…
(isap okok jap)
…hmm lagi,
(termenung, tgk myspace jap r..)
….pernah tak korang rasa diri korang mcm aneh sgt. freak..
aku skang ni rasa aku freak gila. mcm dunia reject aku. mcm semua org taknak kawan ngan aku. macam aku afraid of somethin… macam ..
(tgk flickr plak r, isap okok lagi…)
..aku lonely rrrrrr !!!!!
ye… aku lonely.
hmm… rupanyaa aku rasa mcm ni coz aku lonely gila.
perasan tak lepas makan, ada sisa2 kat tepi pinggan kita tu… mcm tu r rasa hati aku ni.
cuba amek segenggam beras dari dalam tong beras kat dapur umah korang tu… perasan tak ada beras yang berderai jatuh dek tak dapat digenggam tangan tu… mcm tu lah berderainya airmata kat hati aku ni. tapi muka rilexxxx je. senyum je. (isap okok lg rr)
…tapi takkan tiap2 ari nak macam ni? nak ketawa n senyum depan org, tapi bila takde sape2, aku hanyut dalam jiwa kacau ni… tuhan, tolong r aku yg jahat ni. tuhan? dia kan selalu teman aku… ape lg yg aku nak?
mungkin ape yg capik ckp betul, aku tak pandai bersyukur… hmm.. aku memang tak pandai bersyukur… so, aku nak bersyukur r… syukur… syukur… alahamdulillahhh.. (mcm lagu raihan)
wei, ape aku tulis ni ek, satu dunia baca woo….. malu plak. hmm… pandai plak aku malu ek.
alah, yg penting aku luahkan ape yg berserabut dalam pale otak aku. esok lusa, mungkin tulisan aku lebih elok dari ari ni… mahal proses ni…
hmm, tetiba je teringat kat kroni aku.
denki yg bijak dan kelakar..
aliph yang susah nak paham.. tapi rajin gila..
meera yg cantik dan rajin gak…
guna yg slalu wat aku nangis n wat aku senyum sorang2….
mirul yg sabar n baik hati n jambu gak…
zahir yg teratur je macam cara dia sikat rambut dia…
dan aku yang aneh…
mana semua ek? mana?
….semoga kalian masuk syurga yg tuhan kalian buat.

akhirny.. ade gak aku blog ! wawawa huhu..

Abdullah